Jelas beliau, alasan keluar daripada UMNO kerana enggan menerima kerjasama parti tersebut dengan Pas tidak boleh diterima memandangkan kedua-duanya telah bersama sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu.

"Jika tidak bersetuju dengan kerjasama tersebut sepatutnya mereka menentang dari awal dan bukannya menggunakan alasan tersebut setelah Barisan Nasional (BN) tewas.

"Saya geli hati dengan alasan tersebut, kalau saya jadi mereka saya malu kerana ada harga diri," katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman membuat keputusan untuk keluar daripada UMNO. - UTUSAN ONLINE