Program yang julung kali diadakan itu bermula dengan ucapan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar diikuti Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Terdahulu, ketiga-tiga Menteri Besar Pantai Timur menunaikan solat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama puluhan ribu hadirin selepas tiba kira-kira pukul 7 malam.

Kesemua mereka tiba di Stadium Tertutup Gong Badak dengan diiringi konvoi bermotosikal seramai 3,000 orang.

Hubungan antara Pas dan UMNO semakin terserlah dan serasi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) apabila kepemimpinan kedua-dua parti saling menghadiri program kepartian termasuk Persidangan Agung UMNO dan Muktamar Tahunan Pas. - UTUSAN ONLINE