Jelas Annuar, pemilihan jawatan dalam parti adalah urusan dalam ‘keluarga’ UMNO, oleh yang demikian banyak perkara tidak harus terdedah kepada musuh.

“Debat secara umum adalah aktiviti yang baik. Kita (UMNO) bersikap terbuka tetapi keterbukaan itu mesti dalam kerangka yang tidak memudaratkan perjuangan (parti).

“Jika kita bertindak berlebihan dibimbangi hanya akan membawa lebih banyak keburukkan daripada kebaikkan kepada parti,” katannya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, mesej dan visi calon perlu sampai kepada mereka yang membuat keputusan dan debat awam bukanlah satu-satunya cara untuk mencapai matlamat tersebut. - UTUSAN ONLINE