Begitulah rumusan yang dibuat Naib Presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin ketika ditanya mengenai perkara berkenaan.

Beliau sendiri tidak dapat hadir ke majlis yang dihadiri Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana sibuk membuat persiapan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019.

Katanya, pemimpin-pemimpin PKR lain yang tidak hadir mungkin mempunyai alasan tersendiri.

"Saya sibuk dengan persediaan hari sambutan anggota bomba sedunia. selepas ini saya akan ke Surabaya.

“Saya tidak tahu (pemimpin-pemimpin lain tidak datang). Mungkin kebetulan. Mereka mungkin ada alasan tersendiri. Saya juga ada alasan sendiri seperti program pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata denikian kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2019 di Dataran Merdeka, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak menghadiri majlis itu yang diadakan di sebuah hotel di Port Dickson.

Ketiadaan Mohamed Azmin yang sedang berdepan ‘pertembungan’ dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menimbulkan tanda tanya dalam kalangan petugas media yang membuat liputan.

Turut tidak kelihatan dua Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua yang dianggap rapat dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi tersebut.

Program pemukiman selama tiga hari itu bermula semalam dirasmikan Perdana Menteri sendiri. - UTUSAN ONLINE