Menurutnya, beliau langsung tidak mengetahui perkara tersebut dan melihat ia hanya berita tidak benar.

“Mana saya tahu dan bagaimana mereka tahu.

“Tidak adalah perkara itu, tidak betul,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan keluar parti itu selepas Majlis Anugerah Kecemerlangan Yayasan Sarawak di Universiti Swinburne di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu juga, Abang Johari diraikan dengan sebuah kek sempena Hari Jadi beliau hari ini.

Semalam tersebar daripada sebuah akaun Facebook Parti Pribumi Sarawak (Pribumi) memuat naik status bahawa enam ahli Parlimen PBB atau Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersetuju menyertai mereka.

Bagaimanapun semakan lanjut di akaun Facebook itu dipercayai tidak sahih malah baharu sahaja aktif pada 30 Julai lalu.

Sementara itu, Abang Johari berkata, anak muda Sarawak diingatkan agar menggunakan sepenuh masa mereka sebaik-baiknya ketika menyambung pengajian selepas persekolahan.

“Gunakan masa ini, persiapkan diri anda lebih-lebih dalam era baharu ini.

“Selepas itu, sumbangkan kembali kepada masyarakat di sini,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE