Johari mendakwa, apa yang berlaku adalah kerajaan tidak mengetahui bagaimana tuntutan bayaran balik berfungsi.

"Tiada wang yang hilang. Hanya kerajaan sekarang saja tidak tahu bagaimana keadaan berfungsi (termasuk) bagaimana tuntutan bayaran balik berfungsi," katanya seperti dipetik portal The Malaysian Reserve, hari ini.

Semalam, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) dalam sidang Dewan Rakyat mendakwa wang bayaran balik GST berjumlah RM19.4 bilion telah hilang akibat 'dirompak' di bawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Menurut Ahli Parlimen Bagan itu, dana tersebut sepatutnya dikembalikan kepada peniaga dalam tempoh dua minggu selepas mereka memfailkan tuntutan masing-masing. - UTUSAN ONLINE