Sehubungan itu, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan tiada tindakan disiplin akan diambil ke atas kedua-dua pemimpin memandangkan setiap ahli berhak mengemukakan pandangan masing-masing.

Dalam masa yang sama, Annuar turut menasihatkan semua ahli UMNO tidak memanjangkan lagi isu berkenaan.

“Pilihan raya lambat lagi dan saya rasa kenyataan Mohammed Nazri lebih kasar berbanding Khairy, tapi pada pandangan saya ia hanya kenyataan peribadi , kalau anda tanya dua atau tiga orang pemimpin lain mungkin mereka akan memberi pandangan berbeza.

“Tak tahu siapa yang membangkitkan soal pecat memecat atau cabar mencabar, mungkin pihak media tanya soalan macam tu tapi dari segi kita (UMNO) tidak bangkit langsung isu itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE