Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, ini kerana pihaknya percaya dengan bantuan komponen BN parti itu akan menang semula di kerusi mereka yang kalah.

"Kita juga yakin MCA mampu menawan dan merampas kembali kerusi milik MCA berdasarkan gerak kerja berterusan akar umbi.

"Mengenai pengagihan kerusi, kami tidak akan melakukan sebarang perubahan yang tidak perlu. Saya tidak fikir akan ada perubahan besar pertukaran kerusi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda MCA negeri di Kawasan Perindustrian Gelang Patah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE