Jelas Ahli Parlimen Port Dickson itu, keputusan yang diambil oleh Lembaga Disiplin parti berhubung isu tersebut juga merupakan hasil persetujuan bersama.

"Ini keputusan secara konsensus. Saya ulang kenyataan ini berulang kali, ini telah dipersetujui.

“Begitu juga pimpinan di Sabah dan Sarawak. Umumnya tanpa kecuali mahu beberapa keterangan tapi setuju dengan keputusan pimpinan parti bahawa kita tolak budaya jijik dalam politik ini dan serah siasatan kepada polis dan pihak berkuasa lain,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Biro Politik PKR di Ibu Pejabat PKR dekat Petaling Jaya, dekat sini hari ini.

Sementara itu, jelas Anwar, beliau meminta semua pihak yang membuat sebarang tuduhan kepada parti dalam isu berkenaan supaya turut menyediakan fakta dan bukti dan parti tentu akan mengambil tindakan selanjutnya.

Semalam, Timbalan Presiden PKR , Datuk Seri Mohamed Azmin Ali membuat kenyataan bahawa beliau yakin kontroversi klip video intim yang didakwa melibatkan dirinya didalangi orang dalam parti. - UTUSAN ONLINE.