Menurut beliau, kadar enam peratus tersebut akan kekal untuk satu tempoh yang agak lama dan selama ini dalam mesyuarat kabinet tiada siapa pun membangkitkan untuk menaikkan GST.

Jelas beliau sikap pembangkang yang gemar membangkit isu menunjukkan mereka ini

Hamzah Zainuddin
HAMZAH ZAINUDDIN

kalau memenangi pilihan raya mereka akan menaikkan GST kerana pembangkang tidak tahu mencari sumber pendapatan negara yang lain.

"Mereka (pembangkang) fikir ekonomi negara dalam keadaan yang teruk dan hanya dengan naikkan GST masalah ini dapat diselesaikan.

"Mereka silap dan mereka tidak cekap dalam menguruskan ekonomi negara," katanya pada sidang akhbar di pusat media Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar di sini hari ini.

Jelas beliau, berbeza dengan pembangkang, kerajaan sentiasa berusaha mencari kaedah dan inovasi baharu untuk menaikkan ekonomi negara serta tahu menguruskannya. - UTUSAN ONLINE