Walau bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai maklumat berhubung perkara tersebut.

“Perkara itu perlu dirujuk di bawah Akta Perlindungan Kanak-Kanak, namun kalau ada, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK P.186 Parlimen Sandakan di sini hari ini.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi PRK DUN Rantau, Dr. S. Streram didakwa menghimpunkan sekumpulan kanak-kanak dalam sebuah kempen sebelah malam yang dijalankan di Taman Orkid, Negeri Sembilan pada baru-baru ini.

Pada masa sama, Azhar berkata, persiapan hari mengundi awal PRK DUN Rantau pada 9 April berjalan lancar dengan melibatkan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi kerajaan lain.

“Sebanyak 118 pengundi awal terlibat dalam PRK Dun Rantau,” katanya. - UTUSAN ONLINE