Namun begitu, menurut Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, jika terdapat ahli UMNO yang mahu menyertai mana-mana parti dalam PH, itu adalah dibenarkan.

"Jika UMNO mahu bekerjasama dengan PKR, tiada cara untuk kami menerimanya untuk bersama PH."

"Jika sebagai individu mereka menyertai sebagai ahli parti sama ada PKR, Bersatu, atau DAP itu boleh tapi tidak sebagai sebuah parti," katanya.

Beliau mengulas dakwaan kononnya terdapat usaha kerjasama antara UMNO dengan PKR bagi membolehkan parti yang dipimpin Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi itu kembali menjadi kerajaan.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE