Keputusan mahkamah berhubung petisyen yang difailkan Pengerusi DAP, Senator Liew Chin Tong bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) parlimen itu juga disambut baik BN Johor.

Pengerusi BN Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, amalan demokrasi dan rule of law dalam negara ini jelas menunjukkan kematangan yang setara dengan negara maju.

“Ini dapat dilihat melalui proses pilihan raya yang diamalkan di negara ini di mana semua pihak boleh mengambil tindakan undang-undang membantah sebarang keputusan yang dibuat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Maka keputusan mahkamah atas petisyen PRU-14 bagi kawasan Parlimen Ayer Hitam oleh Pengerusi DAP Johor diharap diterima dengan baik semua pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE