Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu penting memandangkan kecenderungan dan kebergantungan orang muda terhadap platform tersebut mampu membentuk persepsi baharu sekiranya jentera parti tidak menyaingi.

Oleh itu katanya, Pemuda dan Puteri perlu bangkit menguasai media baharu secara lebih aktif dan seterusnya mendahului pembangkang daripada segala segi.

“Kalau pembangkang memfit­nah kita dengan pelbagai cara melalui media sosial dan kita ti­dak ada jawapan, akhirnya rakyat mungkin percaya dengan segala fitnah yang dibuat.

“Dalam masa sama kita perlu­ buat serangan balas dengan men­dedahkan segala keburukan dan kepincangan yang dila­kukan oleh pembangkang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Besar, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Jenagor di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Datuk Jailani Johari.

Ismail Sabri berkata, UMNO mempunyai Biro Teknologi Maklumat (IT) yang diwujudkan di bawah Majlis Tertinggi, namun tanggungjawab menyerang balas harus dipikul bersama termasuk di bahagian dan cawangan.

Katanya, peranan kepemimpinan di peringkat akar umbi turut sama penting kerana isu yang dibangkitkan kebia­saannya adalah ber­beza

Terdahulu, beliau me­ng­umumkan langkah ke­ arah peluasan kawasan operasi wilayah Lembaga Kemajuan Terengganu Ten­gah (Ketengah) melibatkan keseluruhan kawasan di daerah pedalaman.

Langkah bagi memacu pemba­ngunan sosioekonomi yang lebih pesat itu melibatkan sembilan mukim lagi iaitu Tanggul, Hulu Berang, Hulu Telemung, Jenagor, Kuala Berang, Kuala Telemung, Penghulu Diman, Tersat dan kawasan pembangunan Tasik Kenyir.