Bercakap kepada Utusan Malaysia dalam satu wawancara khas yang disiarkan hari ini, Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas bagaimanapun yakin Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang cekal dan tentunya akan berusaha untuk menstabilkan ekonomi dan sebagainya.

“Cuma kalau beliau rasa tidak boleh teruskan, mandat baharu diperlukan dan tidak mustahil beliau akan bubarkan Parlimen lebih awal.

“Bagi Pas pula, persiapan jentera parti setiap waktu, bukan untuk pilihan raya umum sahaja, kadang-kadang ada juga pilihan raya kecil,” kata beliau.

Wawancara penuh dengan Tuan Ibrahim boleh diikuti dalam Utusan Malaysia hari ini. - UTUSAN ONLINE