Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, perkara itu hanya dapat dilakukan oleh pasukan yang benar-benar kuat serta mempunyai kematangan dan pengalaman dalam mentadbir negara.

“Sebab itu, saya tawarkan diri bertanding menjadi calon Naib Presiden kerana selama 20 tahun struktur parti dibiarkan, semuanya perlu diselaraskan agar nampak seragam.

“Sekarang kita sudah menjadi pemerintah dan kita harus meningkatkan serta mengukuhkan piawaian pengurusan bermula dari peringkat akar umbi serta cabaran-cabaran yang mendatang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) 2018 PKR negeri di Dewan Perniagaan Cina, di sini hari ini.

Yang turut hadir, calon Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Pengerusi PKR negeri, Ab. Aziz Ab. Kadir.

Kira-kira 1,000 ahli akar umbi PKR dari seluruh negeri hadir menyatakan sokongan terhadap senarai calon bertanding di peringkat pusat dan negeri yang dilihat berpihak kepada kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. -UTUSAN ONLINE