Menurut penyelaras DUN Rantau itu, ini merupakan kali pertama beliau bertanding bagi merebut jawatan yang bakal menyaksikan pertandingan enam penjuru.

“Saya berharap proses pemilihan ini akan berjalan lancar. Kita mahu menyatukan penduduk di Rembau dan akan terus berusaha menganjurkan pelbagai program bagi meningkatkan pendapatan penduduk,” katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat PKR Negeri Sembilan di sini hari ini.

Dalam PRU-14, Streram gagal menyerahkan borang penamaan calon bagi DUN Rantau selepas tidak dibenarkan masuk ke pusat penamaan kerana gagal mempamerkan pas calon yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Ia sekali gus memberi kemenangan tanpa bertanding kepada penyandang kerusi DUN tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan. - UTUSAN ONLINE