Menurut SRPM, bilik gerakan itu yang beroperasi 24 jam akan ditempatkan di tingkat bawah Menara MPKj, Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih, Kajang.

“Selain itu, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan rasuah dan salah guna kuasa melalui e-mel kepada [email protected] atau menghubungi talian 016-988 0782 atau 03-5525 6500, faks 03-5525 6514,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, SPRM turut mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012). - UTUSAN ONLINE