Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, pihaknya mengambil maklum dan akur terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Seremban pada 16 November 2018.

“Keputusan itu mengisytiharkan bahawa kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi DUN N.27 Rantau, Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu sebagai terbatal dan tidak sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE