Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

SPR tiada sebarang bayangan PRN Sabah

 Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sempat berswafoto bersama
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah sempat berswafoto bersama petugas SPR selepas Majlis Penghargaan dan Penyampaian Sijil Sempena Pilihan Raya Kecil N3 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu, di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

LUNDU 13 Mac - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiada sebarang bayangan atau maklumat mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Pengerusinya,  Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, walau bagaimanapun pihaknya sentiasa bersedia menjalankan mana-mana pilihan raya meskipun dalam tempoh terdekat.

"SPR sebagai badan yang bertanggungjawab mengendalikan pilihan raya bermakna sepanjang masa telah membuat segala persiapan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu di sini hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh; Pengarah SPR negeri, Datuk Takun Sunggah dan Pegawai Daerah merangkap Pengurus PRK DUN Tanjong Datu yang lalu, Hamsein Atar.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain