Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, pihaknya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam menjalankan siasatan berhubung kes itu sekiranya diperlukan.

“Laporan (polis) tersebut telah dibuat oleh seorang individu yang mewakili sebuah parti politik di bahagian Parlimen Wangsa Maju.

“Memandangkan kes tersebut melibatkan kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta Peraturan-Peraturan di bawahnya, maka SPR menyerahkan semula kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan lanjut atau tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan Bendahari Agung PKR, Datin Paduka Tan Yee Kew mendesak PDRM untuk menyiasat dakwaannya mengenai kira-kira 5,000 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Wangsa Maju mempunyai butiran peribadi yang meragukan. - UTUSAN ONLINE