Khalid yang ju­ga Menteri Wila­yah Persekutuan memberitahu bahawa beliau secara peribadi terkejut dengan berita penahanan tersebut atas tuduhan menerima sogokan jam tangan bernilai RM28,000.

“Setahu saya dia berkor­ban ribuan ringgit dan masa­nya untuk menentang amalan rasuah. Semoga dia tabah menghadapi ujian ini.

“Saya doakan dia dilindu­ngi Allah daripada segala perancangan jahat lawan po­litik sekiranya ada dan di­adili dengan adil. SPRM akan menjalankan tu­gasnya tanpa gangguan atau campur tangan politik daripada PH (Pakatan Harapan). Namun saya ya­kin, kerana saya kenal dirinya, dia tidak bersalah,” katanya dalam laman Twitter miliknya di sini hari ini.

Semalam, SPRM menahan Setiausaha Politik kepada Salahuddin kerana disyaki menerima suapan berbentuk seutas jam tangan dianggarkan bernilai kira-kira RM28,000.