MOHD. NORHIESAM ISMAIL
MOHD. NORHIESAM ISMAIL

Ketuanya, Mohd. Norhiesam Ismail berkata, keputusan berkenaan menimbulkan pelbagai persoalan berhubung `rule of law’ yang sering diagung-agungkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selama ini.

Menurut beliau, tindakan Peguam Negara, Tommy Thomas menggugurkan pertuduhan rasuah yang dihadapi oleh bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu sebagai tamparan hebat kepada sistem perundangan negara.

“Rakyat kini dapat melihat dengan jelas bagaimana kerajaan baharu menghancurkan sistem keadilan.

“Ini kerana kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat dengan mendalam walaupun tiada bukti, namun beliau tetap diheret ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Norhiesam berkata, Pejabat Peguam Negara mengambil pendekatan berbeza berhubung pertuduhan yang dihadapi Ahli Parlimen Bagan itu.

“Tuduhan begitu mudah digugurkan secara veto oleh Peguam Negara. Soalan saya, mengapa perlu takut, biar mahkamah yang tentukan sama ada Guan Eng bersalah atau tidak bersalah,” katanya. - UTUSAN ONLINE