Bendahari Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) negeri, Mazlan Bujang berkata, ini kerana Osman sudah berlaku telus berhubung perkara itu dengan mendedahkan kepada umum.

"Bagi saya beliau tidak perlu meminta maaf kerana telah pun memaklumkan perkara itu kepada umum.

"Ia dah selesai, tidak perlu diperbesarkan lagi," katanya yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Pengangkutan negeri.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Pendidikan Bersepadu Yayasan Bandaraya Johor Bahru di pusat beli-belah Angsana Mall Johor Bahru di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE