Malah beliau berkata, tidak kira sama ada Menteri Besar atau negeri mereka sedia disiasat oleh SPRM sekiranya wujud salah laku.

Dalam masa sama, Abdul Hadi juga mendesak supaya SPRM melakukan siasatan ke atas Ahli Dewan Negara yang juga bekas pemimpin Pas, Husam Musa atas dakwaannya terhadap Pas berhubung isu itu.

"Pas terbuka dan sedia disiasat oleh SPRM. Kita mahu parti kita (Pas) bersih dan kepimpinan kita sanggup disiasat.

"Kita juga berharap siasatan juga dilakukan ke atas Husam yang telah keluarkan kenyataan (dakwaan pindahan dana UMNO kepada Pas). (Siasat) apa dia buat masa dia jadi Exco dulu. SPRM siasatlah dia," katanya.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan perkara itu dalam sidang akhbar selepas program Diskusi Kesihatan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Menerusi Vaksin di Dewan Tok Guru, Rusila, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan Pemuda Amanah Terengganu dan Husam yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan yang mendesak siasatan segera dilakukan setelah dikatakan tersebarnya transaksi pemindahan wang tersebut.

Abdul Hadi seterusnya menjelaskan bahawa tidak berlaku sebarang penyalahgunaan kuasa dalam Pas sebagaimana didakwa sebaliknya menyifatkan dakwaan itu satu fitnah semata-mata. - UTUSAN ONLINE