Shahrizat ucap tahniah pada Noraini
 Shahrizat Abd. Jalil

Menurut Shahrizat, beliau yakin sebagai ahli Parlimen yang telah lebih 10 tahun berkhidmat kepada rakyat dan berbekalkan pengalaman di akar umbi serta antarabangsa, bekas Ketua Puteri UMNO itu mampu untuk memimpin pergerakan tersebut dengan baik.

“Setinggi-tinggi tahniah saya ucapkan kepada Datuk Noraini Ahmad yang telah dipilih sebagai Ketua Wanita UMNO Malaysia untuk penggal 2018 – 20121.

“Berbekalkan pengalaman di akar umbi dan juga antarabangsa, saya yakin beliau akan mampu untuk memimpin Wanita dengan baik. Sebagai ahli Parlimen yang telah dan masih berkhidmat kepada rakyat lebih 10 tahun, pasti ia akan menjadi kelebihan kepada kepemimpinan beliau nanti,” katannya dalam akaun Facebook beliau malam ini.

Sementara itu, Shahrizat berharap Datuk Norliza Abdul Rahim yang diangkat sebagai Naib Ketua Wanita UMNO akan memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada Noraini.

“Tahniah juga kepada barisan kepemimpinan baharu Wanita UMNO di peringkat Pusat dan juga bahagian yang telah dipilih melalui proses demokrasi yang telus dan adil. Kejayaan yang diperoleh merupakan amanah berat meneruskan langkah ‘Ibu Terbaik Bangsa’. Semoga segala usaha kita selepas ini menjadi sebab kembalinya kepercayaan dan kasih rakyat kepada UMNO, Insya-Allah. - UTUSAN ONLINE