Shahrizat tidak bertanding kerusi Parlimen Bandar Tun Razak
Shahrizat Abd. Jalil 

Dalam kenyataan yang di muat naik melalui laman Facebook miliknya hari ini, beliau menyuarakan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu memenangi kerusi tersebut.

“Ramai yang tanya saya sama ada saya akan terima tawaran untuk bertanding di Parlimen Bandar Tun Razak.

“Jawapan saya tidak, walaupun Bandar Tun Razak adalah satu kawasan di mana BN boleh menang dan tewaskan PKR,” katanya.

Sebelum ini, timbul khabar angin Shahrizat dikatakan akan dicalon bertanding di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang secara tradisinya ditandingi oleh calon MCA bagi mewakili BN. - UTUSAN ONLINE