Sebaliknya Shahidan memberitahu, beliau hanya mengalami penyakit gangguan saraf pada bahagian kaki yang dijangka sembuh dalam tempoh terdekat.

“Keadaan saya makin baik malah masih boleh ke masjid. Sekarang saya masih menggunakan kerusi roda kerana kaki masih belum kuat dan memerlukan rawatan fisioterapi serta mengurut,” katanya.

Sebuah portal berbahasa Inggeris petang tadi melaporkan Shahidan diserang angin ahmar beberapa hari lalu.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau masih lagi aktif menghadiri pelbagai aktiviti parti setiap hari di negeri ini.

“Sebaik-baiknya sebelum membuat kenyatan mengenai keadaan saya boleh bertanya sendiri kepada saya, isteri atau ahli keluarga terdekat,” katanya. - UTUSAN ONLINE