Beliau berkata, pihaknya akan memuktamadkan senarai calon PRU-14 di Putrajaya esok dan seterusnya mengumumkannya di negeri ini serentak dengan pelancaran manifesto BN negeri.

“Sama ada saya kekal pertahankan Parlimen (Arau) atau berpindah ke DUN, kedua-dua kemungkinan itu ada,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan Persidangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) negeri, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah.

Shahidan diminta mengulas ‘cakap-cakap’ di laman sosial termasuk penyebaran satu senarai nama menerusi Whatapp, yang menyatakan bahawa bekas Menteri Besar itu akan berpindah ke DUN Tambun Tulang pada PRU-14.

Dalam pada itu, Shahidan meminta tiada tsunami mana-mana kaum berlaku pada PRU-14, kerana istilah tersebut merujuk kepada bencana alam iaitu ombak besar yang mengakibatkan kerosakan.

“Justeru tidak wajar tsunami berlaku iaitu untuk mengakibatkan kerosakan negara sedangkan kerajaan sedia ada telah menjaga dan membela rakyat dengan baik,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE