Beliau menang tanpa dicabar dalam Pemilihan PKR untuk penggal 2018-2021, yang berlangsung selama dua bulan sejak September lalu.

Beliau akan bergandingan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang diumumkan sebagai Timbalan Presiden PKR, selepas menang dalam pemilihan parti menewaskan Rafizi Ramli.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din dalam Kongres Nasional PKR Ke-13 yang diadakan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini sebentar tadi.

Empat jawatan Naib Presiden diisi oleh Nurul Izzah Anwar, Zuraida Kamaruddin, Dr. A. Xavier Jayakumar dan Tian Chua. - UTUSAN ONLINE