Kemenangan Halimey itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Seri Setia Datuk Mohd. Azizi Mohd. Zaini kira-kira pukul 9 malam ini.

Walau bagaimanapun Halimey hanya mencatatkan majoriti 4,027 undi, jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi penyandang kerusi berkenaan, Allahyarham Prof. Dr. Shaharuddin Badaruddin dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu iaitu 29,250 undi.

Sementara itu, calon Pas, Dr. Halimah Ali beroleh 9,698 undi. - UTUSAN ONLINE