Pengesahan itu dibuat Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Idris Haron kepada pemberita ketika majlis perjumpaan bersama rakan-rakan media di kediaman rasminya, di sini sebentar tadi.

Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri berkata, semua calon BN yang diumumkan telah mengisi borang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, senarai periksa yang dikemukakan juga telah dipatuhi termasuk semakan kedudukan calon dari segi bankrupsi dan sebagainya.

"Proses penyerahan borang dan semakan oleh sekretariat khas untuk calon-calon ini juga berjalan lancar selain dibantu enam pengamal undang-undang bagi memastikan ketelitian pengisian borang agar tidak timbul masalah di kemudian hari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perjumpaan bersama lebih 150 pengamal media di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE