Jelasnya, beliau tidak terfikir untuk meninggalkan parti itu setelah berjuang bersama UMNO sejak sekian lama.

Beliau berkata, meninggalkan UMNO bermakna beliau mengkhianati pengundi yang memilihnya sebagai wakil rakyat di Parlimen Padang Rengas selama enam penggal.

“Dakwaan kononnya saya akan keluar UMNO tidak betul. Senarai yang tular di laman sosial itu hanya perang siber.

“Saya sememangnya langsung tidak percaya dengan apa yang tersebar di laman sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini. - UTUSAN ONLINE