Saya masih wakili BN - Nolee Ashilin
 Nolee Ashilin Mohammed Radzi 

Dalam status di laman Facebook beliau, Nolee Ashilin menegaskan beliau tidak melompat parti tetapi hanya memberi sokongan kepada calon Menteri Besar bagi membolehkan proses pembentukan kerajaan negeri yang baharu.

Menurutnya, ini kerana selepas tiga hari Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tiada parti yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan negeri malah BN gagal untuk membentuk kerajaan dengan hanya 27 kerusi.

Katanya, Pas yang menang tiga kerusi tidak mahu berganding dengan BN secara ekslusif untuk mendapat majoriti 30 kerusi.

“Ini menyebabkan kerajaan negeri Perak tergantung, hakikatnya kestabilan negeri dan rakyatnya tidak boleh dihukum kerana parti-parti gagal untuk menubuhkan kerajaan.

“Di atas kesedaran itu, saya telah mengambil ketetapan untuk memastikan penubuhan kerajaan mengikut prosedur yang disyorkan dengan memberi sokongan kepada satu calon Menteri Besar bagi membolehkan proses pembentukan kerajaan negeri yang baharu yang amat diperlukan oleh rakyat boleh dimulakan,” katanya.

Nolee Ashili yang merupakan bekas exco kerajaan negeri menegakan, walaupun begitu beliau tidak lompat parti dan masih mewakili BN.

“Saya mohon maaf dan sedia menerima serta akur dengan tindakan seterusnya daripada pucuk pimpinan,” katanya. - UTUSAN ONLINE