Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mendakwa, sebab utama Pas tidak menyokong UMNO kali ini adalah kerana calon yang ditentang bukan dari parti DAP.

“Tetapi apabila saya dengar penafian terpaksalah saya sebutkan perkara yang sebenarnya berlaku, pengakuan mereka bahawa kali ini mereka tidak akan sokong UMNO tetapi mereka tidak menyebut nak menyokong Bersatu ataupun tidak.

“Mereka cadang untuk membuat surat bertulis yang ditandatangani oleh mereka sebagai pengakuan, tetapi mereka memberi contoh yang ditandatangani oleh Takiyudin (Hassan) sahaja, satu surat ada kepada saya tapi surat daripada (Abdul) Hadi dan Menteri Besar (Terengganu) tiada,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan majlis Pelancaran Dasar Komuniti Negara di sini hari ini.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa Pas berjanji tidak akan menyokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih dan ada pengakuan bertulis yang ditandatangani oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - UTUSAN ONLINE