Beliau yang tiba di sini hari ini berkata, ini kerana beliau bukan lagi Perdana Menteri se­perti sebelum ini.

“Saya pun tak tahu kenapa (PH takut kehadiran beliau). Saya bukan lagi PM, saya ikhlas hendak membantu kempen calon Barisan Nasional (BN),” katanya pada sidang akhbar dalam program bersama rakyat di Masjid Al-Huda Kampung Ra­ja di sini hari ini.

Turut hadir calon BN, Ramli Mohd. Nor.

Mengenai PRK Cameron Highlands, Najib berkata, terlalu awal untuk membuat penilaian mengenai peluang BN, namun masyarakat di sini memberikan reaksi positif terhadap calon BN.

Beliau berkata, BN mele­takkan seorang calon tempatan dan mudah diterima oleh masyarakat di sini.

Menurutnya, Ramli mempunyai ramai saudara mara di sini, seorang tokoh dan pemimpin yang mewakili masyarakat Orang Asli.

“Saya yakin beliau akan mencipta sejarah sebagai Ahli Parlimen dari masyarakat Orang Asli yang pertama.

“Beliau akan muncul sebagai lambang kebanggaan masyarakat Orang Asli dan penduduk Came­ron Highlands,” katanya.

Najib berkata, beliau yakin pengundi Orang Asli akan menyokong BN berdasarkan hubu­ngan erat beliau dan Allahyarham bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan masyarakat berkenaan.

“Saya tahu mereka menghargai kerajaan BN kerana banyak projek yang kita luluskan selama ini,” ujar beliau.