Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut khabar angin kemungkinan beliau berundur bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan di kawasan itu.

“Saya baik-baik saja. (PRK) belum ditentukan,” jawabnya ketika ditemui semasa menghadiri Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Ke-14, di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesenian, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu negeri itu mengalami masalah kesihatan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu dan telah mendapatkan rawatan doktor serta pengamal perubatan tradisional.

Isteri beliau, Sarimah Zaizakrani sebelum ini memaklumkan, hasil pemeriksaan doktor mendapati suaminya mengalami tekanan.

Bagaimanapun, beberapa media melaporkan bahawa bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Kuala Pilah itu didakwa terkena sihir. - UTUSAN ONLINE