Perkara itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di sini hari ini.

“Saya kira belum lagi diumumkan tetapi sudah pastikan mana. Insha-Allah ada wakil rakyat kita yang telah menawarkan untuk mengosongkan tempatnya untuk membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Yayasan Kebajikan Negara-Tabung Rakyat Palestin.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kawasan Parlimen mana yang akan terlibat.

Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli semalam mendedahkan parti itu akan mengosongkan satu kerusi Parlimen minggu hadapan bagi memberi laluan kepada Anwar bertanding.

Katanya, rakyat Malaysia akan menyaksikan sendiri kekosongan kerusi berkenaan dan Anwar akan kembali semula ke Parlimen tidak lama lagi. - UTUSAN ONLINE