Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Perbendaharaan kepada Penjawat Awam, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata, kerajaan Persekutuan akan berusaha menarik penyertaan golongan itu sebanyak 1 peratus pada tahun ini untuk menyertai sektor perkhidmatan awam negara.

“Mereka boleh mengisi jawatan sesuai dengan kelayakan dan kemahiran yang mereka miliki.

“Kita akan bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mengesan OKU yang boleh diserap termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya pada sesi Kementerian Kewangan Bersama Rakyat di sini, petang ini.

Menjelas lanjut, katanya, kerajaan turut menyediakan peruntukkan, latihan dan pelbagai program bantuan untuk golongan berkenaan.

“Hal ini kerana kita tidak mahu mereka berasa terpinggir dan turut sama-sama terlibat dalam Revolusi Industri 4.0,” ujarnya.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan sentiasa memberi perhatian dan bantuan kepada mereka yang terlibat dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di negara ini.

“Bagi Sarawak kita mahu Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) memainkan peranan dalam melahirkan usahawan IKS.

“Apabila kita berjaya mengembang dan menjana pendapatan usahawan IKS, ia secara tidak lngsung memberi impak positif kepada negara,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE