Penegasan itu rentetan tindakan Santiago mendakwa kononnya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat keputusan secara bersendirian dalam pentadbiran kerajaan seperti isu tulisan Jawi di sekolah.

Ketuanya, Akmal Maradzi malah menyifatkan tuduhan dilemparkan Santiago itu sebagai dangkal.

Beliau turut menganggap pemimpin DAP tersebut bukan sahaja gagal memahami tatacara pentadbiran kerajaan tetapi pada masa sama seolah-olah cuba mewujudkan perpecahan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH).

"Armada Bersatu Lumut melihat tindakan beliau sebagai amat biadab dan tidak mengetahui hal ehwal pentadbiran kerajaan.

"Setiap keputusan yang dibuat hendaklah melalui Kabinet terlebih dahulu dan Majlis Pimpinan Presiden (MPP) PH," tegas beliau.

Akmal pada masa sama turut menzahirkan rasa hairan apabila Santiago tidak merujuk terlebih dahulu kepada kepemimpinan DAP sebelum melontarkan dakwaan yang disifatkan beliau sebagai tidak berasas.

Sedangkan kata beliau, isu tulisan Jawi dan khat diputusakan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang turut melibatkan anggota Kabinet dalam kalangan kepemimpinan DAP.

"Armada Bersatu Lumut bimbang tindakan Santiago itu seolah-olah bermotifkan politik dengan cuba menghasut rakyat khususnya bukan Melayu untuk menolak usaha kerajaan melaksanakan tulisan Jawi dan seni khat di sekolah," ujar beliau. - UTUSAN ONLINE