Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian berkata, perhimpunan itu memberi semangat kepada beliau.

"Saya semakin bersemangat malam ini. Rasa lebih yakin kerana bukan saya keseorangan. I am not alone. I am not lonely sebab saya dikelilingi pemimpin UMNO yang berdiri dalam saf yang padu.

"Prinsip taat setia kepada parti dan negara. Sebab itu dengan kepimpinan padu kita tidak berasa gentar. Walau apa cabaran mendatang oleh pihak lawan kita akan hadapi," kata Najib.

Najib berkata, sambutan ulang tahun ke-71 itu juga menjadi bukti bahawa bahawa perhimpunan itu lambang kesetiaan dan pengorbanan golongan bumiputera.

"Kita berhimpun untuk tunjuk parti UMNO terkuat di bumi Malaysia. Kita sudah cukup kuat? Kita sudah bersedia esok bubar Parlimen?

"Inilah semangat luar biasa UMNO. Siapa kata UMNO tak kuat. Kalau dia kata tak kuat tengok sahaja perhimpunan ini. Ini segelintir sahaja. Ada tiga juta lebih ahli termasuk di kampung dan bandar," kata Najib. - UTUSAN ONLINE