Istiadat Penyerahan Surat Tauliah dan Pengisytiharan Pelantikan itu disempurnakan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, di sini pada pukul 9.30 pagi ini.

Terdahulu kenderaan dinaiki beliau dilihat memasuki istana pada pukul 8.45 pagi tadi.

Sahruddin, 44, yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepong dijadual untuk mengadakan sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Besar di pejabat Pakatan Harapan negeri, Kempas dekat sini pada 11 pagi. - UTUSAN ONLINE