Kenyataan Ahli Parlimen Muar itu dilihat selari dengan pandangan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahthir Mohamad yang tidak bersetuju pengkritiknya ditahan polis.

“Baharu sahaja berjumpa dengan Perdana Menteri dan dia memberi jaminan bahawa pengkritiknya harus dilindungi bukan ditahan.

“Beliau sudah memaklumkan kepada pihak polis mengenai perkara ini. Undang-undang akan digubal sebaik sahaja Dewan Rakyat bersidang nanti.

“Sebuah kerajaan baharu juga harus datang dengan budaya politik yang baharu,” katanya dalam akaun Twitternya yang dimuat naik kira-kira pukul 12 tengah hari tadi. - UTUSAN ONLINE