Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

RUU355 : PKR masih teragak-agak mahu beri kerjasama, sokongan

SHAH ALAM 20 Mac - PKR masih teragak-agak untuk memberikan kerjasama serta laluan kepada kerajaan untuk membentangkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 dalam sidang Parlimen kali ini.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya sebaliknya masih mahukan draf RUU 355 itu dibincangkan secara menyeluruh melibatkan pakar-pakar yang berpengalaman luas dalam bidang perundangan Islam.

"Kita tidak tahu lagi apakah draf RUU 355 yang ingin dibentangkan itu. Pendirian kita (PKR) jelas supaya ada satu perbincangan dibuat supaya satu persetujuan bersama atau konsensus dicapai oleh semua pihak mengenai perkara ini," katanya di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 dalam sidang Parlimen kali ini untuk mendapatkan kelulusan.

Keputusan itu dinyatakan Timbalan Perdana Menteri selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang komited dalam menterjemahkan hasrat untuk memperkukuhkan perundangan Islam di negara ini tanpa mengganggu-gugat kepentingan agama serta kaum lain.

Malah, pengumuman itu turut disambut positif oleh Pas apabila Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Sabtu lalu memberi jaminan akan memberikan kerjasama terhadap usaha tersebut, selain meminta untuk meneliti terlebih dahulu draf rang undang-undang berkenaan sebelum dibentangkan.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika ditanya mengenai dakwaan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali semalam bahawa terdapat Ahli-ahli Parlimen PKR bersetuju dengan RUU 355 itu, beliau bagaimanapun menafikannya.

"Dia (Mohd. Khairuddin) boleh cakap apa sahaja yang dia nak. Tetapi pendirian kita mengenai RUU 355 ini adalah jelas," ujarnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain