MAHDZIR KHALID
MAHDZIR KHALID

Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, per­mainan kotor itu dilakukan bagi menggambarkan seolah-olah Jabatan Pendaftaran Pertu­buhan (ROS) berada dalam ‘geng­gaman’ UMNO dan kerajaan.

“Hakikatnya isu yang dihadapi oleh dua parti ini jauh berbeza. PPBM gagal memenuhi syarat asas untuk melengkapkan pendaftaran partinya sedangkan UMNO tidak mempunyai sebarang masalah berhubung pendaftaran sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau nasional sebaliknya hanya memohon penangguhan pemi­lihan yang sememangnya tidak bercanggah dengan sebarang sya­rat mahupun peraturan.

“Kalau hendak daftar parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau persatuan apa sekalipun, mestilah ada syarat perlu dipenuhi. Sebagai orang yang pernah memegang jawatan tertinggi dalam parti dan Kabinet, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah pasti tahu akan perkara ini tetapi mereka sengaja timbulkan isu untuk kelirukan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar ketika hadir ke Maj­lis Penyerahan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Dewan Tunku Putra, Kuala Nerang di sini, hari ini.

Yang hadir sama ialah Penge­rusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan dan Sumber Air serta Tenaga ne­geri yang juga Ahli Dewan Undang­an Negeri (ADUN) Kuala Nerang, Datuk Badrol Hisham Hashim serta ADUN Pedu, Kama Noriah Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata, tidak ada pihak lain wajar dipersalahkan berhubung konflik yang berlaku antara PPBM dengan ROS memandangkan perkara itu berpunca daripada kedegilan mereka sendiri untuk mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan.

“Mereka yang tak ikut undang-undang, takkan nak salahkan UMNO atau kerajaan pula. Undang-undang tetap perlu dipatuhi tanpa me­ngira siapa pun yang berkuasa dan buktinya, UMNO sendiri pernah diharamkan suatu ketika dulu.

“Kepemimpinan mereka tahu apa yang sepatutnya dibuat tetapi apabila gagal melaksanakannya, salahkan UMNO dan kerajaan untuk kelirukan rakyat. Tetapi hendak buat macam mana, dah memang stail mereka begitu,” katanya sinis.