Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, keputusan tersebut dicapai setelah melihat pertimbangan ke atas maklumat-maklumat yang dikemukakan PPBM dan diterima oleh ROS.

“Dengan penyelesaian isu tersebut, permohonan pendaftaran Pakatan Harapan juga telah diberikan kelulusan selaras Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966.

“Oleh demikian, PPBM dan Pakatan Harapan boleh menjalankan aktivitinya selaras dengan objektif dan perlembagaan berdaftarnya serta menjalankan setiap urusan mengikut kehendak Akta 335,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE