Pembinaan bangunan tersebut di Mukim Tanjong Semberong di sini dijadual mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan mengikut beberapa fasa.

Pengerusi Projek Kalam, Dr. Mazri Yahya berkata, kompleks itu akan dilengkapi pelbagai kemudahan sekali gus menjadi mercu tanda Pas di Johor.

DR. MAZRI YAHYA ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Pelancaran Pembinaan Kalam
DR. MAZRI YAHYA ketika berucap dalam Majlis Makan Malam dan Pelancaran Pembinaan Kalam di Ayer Hitam, batu Pahat, Johor malam tadi. - UTUSAN ONLINE

“Bagi fasa pertama, kita akan jadikan Kalam sebagai pejabat pentadbiran Badan Perhubungan Pas Negeri Johor (BPPNJ) yang mempunyai kemudahan dewan seminar berkapasiti 30 hingga 50 orang, dewan utama (1,500 hingga 2,000 orang), enam surau (250 orang) dan 19 kafetaria (100 orang).

“Seterusnya fasa kedua pula, kita akan memfokuskan kepada pembangunan sekolah dan institusi pendidikan, asrama, bangunan komersial dan bangunan kediaman,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Makan Malam dan Pelancaran Pembinaan Kalam di Ayer Hitam dekat sini malam tadi.

Pelancaran tersebut disempurnakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang denagn disaksikan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Dr. Mazri yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor berkata, pembinaan Kalam adalah hasil para teknorat yang ada dalam parti. - UTUSAN ONLINE