Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, rakyat perlu sedar bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat komited dalam memastikan kesinambung­an kejayaan menerusi pelaksa­naan pelbagai inisiatif.

“Kerajaan sedia ada telah berjaya membuktikan pencapaian­nya sepanjang memerintah ne­gara. Jika kita mahu terus memba­ngunkan tanah air, perlulah ada ke­sinambungan.

“Saya minta rakyat menyedari bahawa Perdana Menteri merupakan seorang yang memahami denyut nadi rakyat dan mahu memastikan kejayaan bukan untuk hari ini sahaja tetapi untuk 30 tahun akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas program Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) 'Harta Intelek: Me­nuju 2050' di sini hari ini.

Mengenai persediaan di kawasan Parlimennya di Larut, Hamzah berkata, beliau telah bekerja keras sepanjang lima tahun lalu bagi memastikan nasib rakyat terus terbela.

Sementara itu, Hamzah berkata, pelbagai pandangan yang di­kemukakan dalam dialog itu me­nunjukkan orang ramai amat komited dalam menjayakan TN50 melalui sektor Harta Intelek (IP).

“Apabila lebih banyak IP di­cipta dan dikomersialkan, nilai­nya akan bertambah sekali gus memberi pulangan besar kepada negara,” katanya.