Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat kerana beliau amat memahami isi hati orang muda Selangor berhubung isu berkenaan.

"Stadium Shah Alam pun kita akan serahkan balik kepada pasukan Red Giant," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Hari Gerakan Belia 4B Malaysia dan Karnival Sukan Muhibah 2018 di Homestay Banghuris di Kampung Ulu Chucoh, Sungai Pelek di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE