Dalam masa sama beliau juga yakin rakyat sudah bijak menilai dalam memilih parti mana yang layak memerintah negera dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, walaupun ketika ini, pakatan pembangkang dilihat cuba meraih simpati dan perhatian dengan mencipta pelbagai isu untuk melemahkan kerajaan namun rakyat tidak mudah terjerat.

“Rakyat semakin faham dan dapat melihat dengan jelas permainan politik kotor pembangkang yang hanya membuat persepsi negatif dan menyebarkan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan.

“Tak hairanlah (agenda ja­tuhkan kerajaan)... Dalam po­litik macam-macamlah. Yang tidak jadi isu dijadikan isu. Rakyat sekarang bijak ja­ngan fikir rakyat bodoh kerana mereka tahu menilai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Generasi Kedua Kesedar (G2K) di Dewan Orang Ramai, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 1, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab. Aziz Yusoff; Ketua Pe­ne­rangan UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd. Syahbuddin Hashim; Pengerusi G2K, Ruhaled Ab. Hamid dan Timbalan Pengerusi G2K, Amran Arifin.

DI SABAK BERNAM, Ahli Majlis Tertinggi (MT)UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, jentera Barisan Nasional (BN) tidak perlu khuatir dengan tindakan pakatan itu menyusun kepimpinan mereka yang dianggap hanya sekadar angan-angan untuk mentadbir negara.

Tegasnya, walaupun Pe­ngerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Ma­­­­hathir Mohamad dilapor menyu­sun kepemimpinan Pakatan Harapan, namun umum sudah mengetahui bahawa bekas Perdana Menteri itu tidak boleh buat apa-apa tanpa mendapat restu daripada DAP yang merupakan ke­tua kepada gabungan pembangkang tersebut.

“Terpulang kepada beliau (Dr. Mahathir) untuk membuat penyusunan (kepimpinan pakatan pembangkang) kerana ia adalah hak mereka. Namun, jangan terlalu yakin untuk menang pilihan raya akan datang. Kita yakin BN akan mengekalkan pemerintahan dan terus meraih sokongan pe­ngundi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Me­­syuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Sungai Besar Kali Ke-36 di sini hari ini.